4 Tanda Anai-Anai ‘Bersarang’ Di Rumah
rumah
Ada 4 tanda bila anai-anai mula ‘bersarang’ di rumah dan beranak pinak kat rumah kita. Memang geram dengan masalah anai-anai yang tak berkesudahan. Walaupun macam -macam cara dah guna nak hapuskan serangga perosak ni, semuanya tak jalan. Anai-anai memang musuh nombor satu kat rumah kerana ia boleh merosakkan barangan lain seperti pakaian, perabot, dokumen dan juga lantai kayu.Kos untuk menghapuskan serangga perosak ini pula mampu mencecah ribuan ringgit.

Jadi sebelum masalah anai-anak ini melanda, kami kongsikan cara mengesan kehadiran serangga ini serta petua menghapuskannya tanpa menggunakan racun yang bukan saja selamat sekaligus menjimatkan kos.

Cara Mengesan Kehadiran Anai-Anai

1. Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka pintu atau tingkap, dari skirting lantai atau dari perabot.Laluan ini selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.

2.Kesan Perubahan Tekstur Warna
Sekiranya terdapat perubahan warna kayu pada pada lantai parquet, kerangka pintu, kerangka tingkap dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warnakayu berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.

3.Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni yang baru.

4.Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu. Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda.Lihat dengan teliti jika terdapat sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.



Comments

  1. Reliable Pest Control Services in USA are essential for maintaining a clean and safe property, and FixitFusion is committed to delivering effective pest management solutions. Our trained technicians understand the behavior of different pests and use targeted treatments to eliminate infestations quickly. We provide customized services that include inspections, extermination, and preventive maintenance plans. By using eco-friendly and industry-approved products, we ensure safe pest control for families, pets, and employees. Our nationwide pest control solutions are designed to prevent recurring infestations and provide year-round protection. Whether you need residential pest removal or commercial pest management, FixitFusion delivers dependable service and lasting results.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog